Pages

Saturday 1 June 2013

Taman Tasik with Buddies Takkan Terpisah

Assalamualaikum...

Minggu lepas pergi Taiping bawak budak-budak, biasa ah nama pun budak-budak keje nak ngekor orang je. Konon nak tengok fast 6 lah khonn masa tu tengah hawt sangat movie tersebut. Subuh-subuh hari lepas ayam kokok *kiuk kiuk dah gerak dari rumah, sementara tunggu tiket pukul 12 menyanyah lah dulu pusing-pusing TS tu pastu buat perangai macam tak pernah masuk. Semua kedai nak masuk, tengok-tengok, survey harga buat macam serius buyer pastu blah, aku syak orang niaga tu mesti panehh je. Tu ah bawak budak-budak kena banyak bersabor.

Lepas habis je movie dalam 2.30 pm macam tu dah melilau pulak tak tahu nak kemana, so kitorang decide lah nak pergi lepak-lepak taman tasik. Tu pun lepas ambek baju kat rumah mak ngah dan sesat dua tiga round, apekena la taiping pun aku boleh sesat tak menahan dah berpuluh tahun ulang alik taiping dari muka sememeh sampai dah macam Salena Gomez jalan pun tak ingat apatah lagi budak berdua nuh, tahu ikut je kalau tanya jalan... harommm! Aku ni lain lah dah memang bebal bab-bab ingat jalan ni, selalu dengan ayah aku tidur je tak pun sibuk kat twitter, instagram,whatsapp,BBM etc. Otak kalau dah jenis payah nak ingat ni rendam dalam tasik tujuh hari tujuh malam, angkat balik pun takde mahunya lah nak ingat. Tak kuasa mak, nok!

Dah sampai tasik satu hal, nak bergambar lah kisahnya. Orang lain komain bangga usung dslr besau tak nak kalah, aku pulak dah cukup berbesar hati dengan kamera hp tah berapa mp milik Fathiah. Janji kualiti gambar tak tahi sangat. Ok what, eh kalau dah tak lawa tu pakai kamera muncung sama panjang dengan belalai gajah pun tak hado makno eh gambo tu nak wow amazing teruk-teruk. Cukup lah boleh buat gambar tu nampak kurus dan putih sikit. Hihihi terima kasih sony xperia zzzzz kroihh kroihhh.




Semua nak kena tulih caption kepe?

Negaraku~ Tanah tumpahnya darahku. Lalala~

Tiga ummat manusia yang tak tahu malu. Peduli apa orang tengok macam makhluk asing sekalipun.

Cangkung, meniarap, terlentang semua boleh. Bakat besar, biasa ah.

Dalam cerita ni fathiah nak habaq dia tinggi sebenarnya.

Bajet Marshanda sangat ah hat depan tu? Podahh. Ada ah sikit

Sorry terpaksa crop bahagian Upa sebab muka tu 18SX sangat -,-

Upa tayang gigi je. Ko tunggu ah setahun setengah lagi upa, kalau aku tak masuk iklan colgate jangan panggil aku aina la. Hihi riak sangat :P

Orang lalu tepi jalan tengok "amende la budak ni, macam tak pernah jumpa tasik" Agaknya macam tu lah kot  pakcik yang lalu tepi tasik tu cakap kat aku :P


Love tu kpop tangat :)

Ceceyy. Haktuihh

Akar pokok atas atau bawah tak menjadi halangan buat kami. Gigih sangat uolls :*

Muka fathiah buat aku rasa nak terjun sangat tasik tepi tu . Blerghhh

Spot motor abam tengah date ngan awek dia. Hahaha

Kadang-kadang terpaksa terima tasik tu lebih menarik untuk dipratonton. tsk tsk :'(

Hok bajet Angelina Jolie tu Fathiah ah sape lagi

Hiks malu ah titeww :)

Tak tahu lah nak kata bajet ke apa, tapi memang comel. Lagi-lagi tudung pink tu *ehh

Sebagai penutup eh haruslah muka aku. Takde makna nya nak letak muka Upaa lah :P

And finally, 6.30 petang baru bertolak dari taiping tu pun sesat lagi. I think I need GPS package dengan suara mak supaya aku beringat setiap jalan yang aku dah lalu. Tak boleh ingat jalan yang baru lalu 2 jam sudah rasa useless sangat. Wahh ober je I khonnn...

Thank you for lending your eyes :)

No comments:

Post a Comment