Pages

Tuesday 21 May 2013

Beris Lake Vineyard Kedoh Darul Aman

Assalamualaikum...

Dah habis pusing Kedah? Tak tahu nak lepak mana, okay cuba try test pergi Tasik Beris tengok apa rasa. Aku agak tak semua orang tahu tambah-tambah student yang merantau kat Kedah, mesti ada yang tak pernah dengar kan sebab teman yang berjiran dengan Kedoh pun pestime kot dengar, atau memang aku ni ketinggalan tak tahu la pulak.

Possible growing grapes in Malaysia? Cer hangpa jalan dulu kat Beris Lake ni, selain tasik kat sini dorang tanam anggur jugak kira macam ladang pengeluar ah. Tapi takleh ah suka-suka hati hang je nak main petik anggur orang, no money no talk la bro. Nak petik juga boleh tapi kena bayar lah dulu. Untuk self-harvesting dia charge RM40 per KG, untuk entrance pulak dewasa RM2.00 dan kanak-kanak 7 hingga 12 tahun singgit je. Murah amat. Tasik ni dibuka dari jam 9.30 pagi sampai 6.30 petang, kalau hang p pukoi 12 malam takda sapa nak tolong buka pintu kat hang naa.

Kat Tasik Beris ni ada sediakan aktiviti berkayak tapi tak pasti lah kos dia berapa sebab aku tak naik pun, pergi haritu pun pakai baju kurung ala-ala Izzah Ombak Rindu baru balik kenduri kesyukuran. Kat tepi tu pulak ada sediakan playground, then untuk kanak-kanak yang tak layak sama sekali nak berkayak boleh la main police sentri kat sinun.

Kat sebelah kanan tasik tu ada pulak kedai souvenir, ada jual buah-buah anggur fresh dari ladang baq hiang, ada jus anggur bagai pastu ada kafe pulak. Kafe ni jual macam-macam jenis kek perisa anggur. Serius sedap, aku sampai rebut-rebut ah dengan Aisyah. Hehe. Satu slice dalam 5hengget je. Oh ya selalunya orang datang tasik ni untuk photographi wedding. Memang lawa lah tempat dia. Kaki-kaki kamera tu daripada dok usung buat berat-berat tengkuk snap gambar aweks baik mai sini tangkap gambar anggur, tenang jugak jiwa raga.


Siap ada kerusi uolls. Takat nak dating tu boleh sangat lah ^^

Bayangkan, lalu bawah ni, anggur atas kepala je. Boleh terus ngap takda sape tahu, nanti sama-sama jawablah kat Sana. Hehe

Classic sangat! Rasa nak baring tengah-tengah meja. Hikhik

Kawasan Tasik Beris ni luas sangat, bukan setakat nak ber'camping', nak main tuju slipper pun boleh. Tak rugi kalau datang sini, bukan susah sangat nak cari, tambah-tambah kalau pakai driver, boleh main tunjuk je dah sampai. Kat sini ada semua kemudahan asas macam toilet, surau, car park pun free je. Lagi rugi kalau dah memang tinggal kat Kedah tapi tak pernah nak datang. Bawak la sedara mara, mak long mak ngah, pak cik, pak teh semua datang boleh la berpiknik sambil menikmati ciptaan Tuhan yang kome takkan jumpa kat tempat lain. 

Masa aku pergi tu tak lama, ladang anggur pun tak sempat masuk. Info tu aku ambek dari sekadar tengok-tengok je so kalau yang lebih-lebih tu maybe aku gebang. Satu je nak pesan, kalau nak pergi, pergilah waktu pagi, tak pun petang sikit sebab kalau tengah hari memang panas. Harapnya lepas ni ada chance lah nak pergi lagi. Hihi


Komain eksaited aku dapat jejak tasi beris ni. Hihi
Sekian, thank you for lending your eyes :)

No comments:

Post a Comment