Pages

Thursday 11 July 2013

Life Update

Assalamualaikum...

Macam lama je aku biar blog ni forever alone kan, pastu rasa macam ada mood pulak nak buang masa depan ni memandangkan takde benda lain yang lebih menarik perhatian nak di buat.

So, it has been a week. Kelas pun dah start, rutin dah mula macam biasa. Tapi well well well minggu pertama boleh la rehat-rehat golek-golek senang lenang sebab kelas banyak cancel tapi masuk minggu kedua memang takde chance lah khonn -,-

Semua aktiviti yang aku selalu buat kat Jitra sebelum ni aku dah start balik, pergi tasik, makan char koew tiow, ukur Jitra Mall, ligan-ligan dalam Yawata, semua lah.

org sebelah takde mood tu tapi aku masih tegar dengan peace aku. Hehe







Baru 6 bulan tinggal Jitra tapi dah rasa macam lama sangat. Suasana sem baru memang rasa baru lah. Jalan pun dah boleh jeling orang sebab dah jadi senior. Kehkehkeh. Rasa sangat perbezaannya bila nak cuci mata pun limited sebab yang banyak adik-adik je semua. 

Sem ni puasa kat Jitra, dapat balik cuti 4 hari. Untunglah dari tak hado. Sahur dengan mak, buka dengan mak, terawikh dengan mak. Oh bestnyaa. Hehe. 

Kalau lulus semua subject sem lima, inshaaAllah aku tak hadap lah sem 7. Dan aku pun tak teringin nak hadap. Kena set mind belajar betul-betul ni, takleh dah buat coding sambil online, baca nota sambil makan, buat math sambil lukis muka lecturer. Tengok la math sem dua drop sampai sem 5 punyalah baloq matematik aku ni. Tak suka lah kira-kira, tapi duit aku suka. Gila siapa tak suka duit kann

Aku rasa kalau dah grad nanti nak suruh mak buat kenduri doa selamat lah. YaAllah programming tu punya susah wa cakap lu. Nak buat coding satu cerita, nak faham bahasa komputer tu mak ai tak pernah ada dalam basic hidup aku. Aku memang jenis hidup pikir nak senang je, dulu apply mascom sebab tu je minat aku, then dah bagi harapan sepenuhnya tapi tak kesampaian. Kalau tak dah boleh masuk magazine. Hikhok.

Mengantuk ni, lepas sahur tadi tak tidur. Hebat tak boleh menaip sambil pejam mata. Tak nak pasang kipas, bagi panas senang sikit nak mandi. Kalau sejuk asyik rasa nak bungkus je. Tu lah aktiviti bila kat rumah manis rumah. Harini ada dua appointment, pagi ni nak pergi follow up braces, petang kang jumpa skin specialist. Penat hidup dengan doktor ni, asyik nak orang datang jumpa dia je, cer sesekali datang melawat aku. Bawak la buah-buahan ke ape ke. Baru style. Sebelum kelaut, baik aku segera beredar. Tehee -,-

Thank you for lending your eyes.

Wednesday 12 June 2013

Bukit Merah Uolls (Entry Bergambar)

Assalamualaikum...

Minggu depan nak balik Jitra dah, so kena lah spent time dengan family sungguh-sungguh dah la nanti puasa sendiri. Tragis sangat rasa hidup ni. tskk

Lepas hantar adik masuk asrama, ayah bawak turun Bukit Merah, tak bagitahu pun nak berjala bagai. Aku dengan pakai kain, dah macam orang dalam pantang dah. Kalau tahu nak turun tasik aku pakai sliper jamban je senang. 




Kak long tak ikut, so ayah saja-saja masuk laketown suruh aku turun tangkap gambar tayang kat dia. Hikhok. Sapa lagi kalau bukan mak yang jadi photographer nya. Harapkan adik dia kata malas nak layan aku yang takleh nampak kamera. Eh suka hati dia je =='


Epic semata-mata -,-

Mak dah pandai ambek gambar pakai bb. Haha



Kalau jatuh, nangka busuk ah cerita dia :D




This is my adik. Dia tahu main, main dan main. Dia mungkin tak tahu dia nak PMR tahun ni.

Syok sendiri tulis nama sendiri. Hehe

ikhLAS :))

Orang belakang tu ushaa pelik aku bergambar. Peduli apa aku ^^

Peace. Posing tu je yang aku tahu :P

Thank you for lending your eyes :))

Sunday 9 June 2013

From Gerik To Baling With Love :)

Assalamualaikum.

Cuti sekolah je orang kahwin, maka ramai nau la orang kahwin masa cuti sekolah. ==' Aku pun tak kurang busy nya menghadirkan diri pada majlis-majlis keramaian seperti berikut. Mak kata kalau kita tak pergi kenduri orang, nanti kenduri kita takda orang nak datang, yeke mak?

Aku bukan minat sangat nak pergi kenduri bagai ni tambah kalau dah kena buat jejak kasih sekali. Lemas nak kenal dengan saudara-saudara jauh yang tak pernah tengok seumur hidup. Tapi sebab kan ayah dah janji nak bawak pergi kolam air panas, wehuu aku gagahkan jugak lah. Mana tahu mandi kolam air panas boleh jadi makin putih putih melati merah-merah delima ke khonnn -,-

Alang-alang dah merayap kenduri sampai Kedah nunn, ayah nak bawak lah masuk perkampungan siam kat Betong, tapi sampai halfway je dorang tak bagi masuk sebab kat sana tengah tak aman sekarang ni. Kan kalau kena tembak mati katak gitu je. Tak nok lah denn, udoh le tak kawin lagi.


Sempadan sangat.

Mohon dikshah jeles, mak suap makngat air oren. Hikhik

Peace Betong :))

Makngah nak main sorang malu, tu ajak dikshah sekali. Hikhok :*

Adik-adik dan mak-mak. Hihi


Ingat orang kahwin je boleh tangkap gambar kat sini. Aku pun boleh meh :*

Finally sampai jugak kolam air panas setelah hampir setahun tak jejakkan kaki. Last aku pergi dengan family 4tahun sudah, time tu tiket 2hengget je. Latest dah 6hengget mencekik. Tapi aku dah sedia maklum lah sebab sem lepas aku ada datang dengan housemate aku so aku tahu lah update harga tersebut. Pehtu syok sangat bagitau mak dengan bangganya.

"Mak tiket dia dah 6hengget" 

" Ye? Oh bila mai sini?"

Kantoi lah disitu aku merayap masa dok kat Jitra kannn. Hehehe


Hotspring disunting dari google :))

Masa sampai tu dah malam, lepas shopping-shopping baju baru gerak dari Gerik. Dah masing-masing tahu nak mandi semua tak bawak baju dari rumah. Plan nya nak balik malam tu jugak tapi Ford kazen aku pancit dua-dua tayar depan, so terpaksalah bermalam homestay kat-situ. Dah nama pun cuti sekolah, memang limited lah penginapan. Bayangkan satu homestay yang ada satu katil besar dengan satu katil single sumbat sampai 11 orang. Perghhh sardin sangat ^^

Homestay kat situ semua murah-murah ya amat kira affordable lah kalau takat nak bercuti 1,2 malam. Nak mandi kolam je pun bukan nak bercamping kan sampai berminggu. Pagi-pagi lagi tuan rumah siap sediakan nasi lemak dengan teh panas. Berbaloi bayar RM70 satu malam. Murah kan? Tapi perangai tak semenggah kazen-kazen aku memang tak dapat dielakkan lah, dah habis nasi lemak untuk homestay kitorang dorang boleh bantai nasi lemak untuk homestay sebelah. Nasib baik orang sebelah dah check out.. Haihh. Apa pun, 5 star untuk Kolam Air Panas Ulu Legong. Tahniah sebab dah maju, sem depan kami mai lagi naaa :))

Thank you for lending your eyes :)