Pages

Tuesday 14 May 2013

Balik Jitghaa Kejap Jewww

Assalamualaikum...

Seminggu lepas, due date dak-dak poli hantar final report dan aku pun tak terkecualilah oleh kerana aku pun sebahagian daripada manusia yang bertungkus-lumus mengerjakan report yang berketebalan 50 page above. 
Dua kali je aku tengok report tu, first masa lecturer datang pantau then sehari sebelum hari submission. Hebat tak hebat jugak lah, dua hari tak tidur kot. Nak bajet hebat je aku kan. 

Pukul 5 pagi baru nak start buat slide, padahal tak guna pun slide tu. Tensen je aku. Bukan nak habaq tak nak pakai, kan penat Ieza kena paksa tunggu aku buat kerja sampai siap, pukul 7 dah kena bangun semula. Mengantuk jangan cakap ah. Kat mana-mana pun aku memang suka buat teruk, macam aku sorang je tak tidur. Kadang-kadang aku menyampah lah dengan diri aku sendiri.

Mak dengan ayah malam tu check-in hotel sebab tak nok tinggal aku kat Jitra lelama kan, mak korang hado? Hehe. So memang takleh spent time lama-lama lah dengan housemate aku. Lepas submission baru lah kitorang terhegeh-hegeh nak cari rumah sewa, bila dah takda choice terpaksa la mintak tolong dengan Pak Arup, beliau ni lah yang jaga rumah-rumah sewa kat Jitra. Sebenarnya tak nak berurusan dah dengan dia sebab rumah dia mahal-mahal sangat tak sesuai dengan kemampuan we olls yang duit pun pinjam PTPTN tapi disebabkan dah penat cari rumah yang bukan under dia kitorang pun contact jugak lah , satu rumah tu dia bagi RM3600 satu sem, mana mahunya kitorang cuma berempat. Tu belum masuk api air lagi. Dah la rumah tu sebelah je dengan rumah dia, kang tak pasal dak-dak ni mengorat dia kan jadi gaduh pulak dengan bini dia.

Lagi satu rumah tu, murah sikit dalam RM2600 satu sem, tapi alahaiii... memang lah dalam keadaan sekarang takleh nak demand sebab dah desperate sangat.*desperate tu tak keterlaluan sangat ke?*. Masuk je rumah tu dah macam takleh blah, kotor, berselerak, tunggang langgang, rosak sana-sini memang tak padan ah dengan harga 2K lebih. Kat pintu siap ada note lagi "PAK ARUP SI CEKIK DARAH" kahkah sape la punya kerja, mesti budak-budak laki ni. Disebabkan perangai kitorang yang demand gila nak mati padan la muka sampai sekarang takda rumah sewa. Nak yang dekat, murah, fully furnished. Memang mengada sangat la tu kan?

So anybody nak bagi tumpang? Bawah jambatan pun takpe asalkan jangan pisahkan kitorang berempat. Sobs sobs. 

Tolong lah percaya aku bukan rendah, cuma Ieza yang tinggi sangat -,-

Dah rasa macam adik sangat padahal aku lahir dulu okay!

Posing lah dengan sesapa pun aku jugak lah yang paling redah. Dah ketentuan, sape aku nak melawan hukum fizik. Hukhuk

Malas nak cakap apa dah...

Cuma gambar ni yang aku rasa takda diskriminasi ketinggian. Hehe

Rasa macam sekejap, tak sempat nak buka cerita lebih-lebih dah kena balik Perak semula. Padahal aku packing baju macam nak duduk sebulan dah. Pastu kena usung bawak balik pulak. Sampai hati nya masa mencemburui aku sampai macam tu sekali. Ah benci... benci... benci....

ps: Aku dah nampak C-Mart tengah bina kat taman aman tu, siaplah yawata ada pesaingan lepas ni.Tak sabaq nak rasmi ni. Hikhik

Thank you for lending your eyes. Wahh :*

No comments:

Post a Comment