Pages

Thursday 16 May 2013

3 In 1 Bukan Cuma Instant Milo

Assalamualaikum...
Break-fast

Okay start esok semorang kena ambek breakfast, please lah alasan tu tak payah nak kurus sangat. Seriously memang takkan hilang sekilo lah kalau setakat tak ambek breakfast lepas tu masa lunch hang tibai nasi dua kali tambah. Aku lah tu yang selalu buat macam tu, bukan sebab nak diet ke hape okeh sebab aku memang tak boleh makan pagi, sakit perut la, loya la, mengantuk la, siapa suruh breakfast makan nasi lauk kari ayam. Mendapat la sakit perut pun. 

Nestle tu bukan sesaje nak suruh kita breakfast. Bukan semata-mata nak jual produk milo dengan coco crunch je, tapi sebab Nestle tu prihatin nak suruh kita sarapan, sebab bila kita sarapan karbohidrat yang diambil pada waktu pagi boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrient dalam otak. Haa kalau hangpa tak baca ni, hangpa tak tau kan. Sama lah, kalau aku tak google aku pun tak tau. Patut la masa sekolah dulu tengah pakai stoking mak mai suap nasi goreng untuk breakfast. Rupanya mak lagi pandai dari Nestle.

Columbia Asia

Tiga hari ulang-alik pergi Taiping tengok mak ngah masuk hospital. Mak ngah kena minyak panas, doktor cakap 27 peratus badan dia terbakar dan sekarang di peringkat kedua. Mesti orang ingat aku yang sakit sebab update status , twit semua kat hospital. Buat teruk tu memang aku juara lah, tak tahu ke? Actually mak ngah dah keluar Isnin lepas tapi still kena follow up dengan doktor. Tak boleh la nak stay sana sampai dua tiga bulan. Tiga hari dah cecah 5K kos rawatan, lagi pun mak ngah takda insurance cover. Kalau duit jenis makan tak habis tu boleh la nak lelama kat sana. Lagipun aku nengok orang yang buat rawatan kat situ dah rupa hero novel je. Style projek juta-juta, sembang pun style nak kemaih. Tak pakai 3310. iPad kiri, kanan iPhone pulak. Haa tu kalau 'papa' dia tak pakai Alphard mesti pakai Lambo kennn? Cliche sangat hero novel macam tu. Cuba buat hero novel jual roti bakar ke, niaga nasi lemak ke, bisnes juga kan? Baru lah rare.

Mak ngah cepat lah sembuh, nak makan donut, karipap, kuih gelang. burgerdel bla... bla... bla....


Mak datin bawak beg besau tak nak kalah. Dalam tu ada pen sebatang dengan buku hutang tigalima je pun

Nahh close up sampai nampak mata dua bijik dengan lubang hidung. Hihi
Rumah Sewa

Finally, dapat jugak rumah sewa walaupunnnnnnnn sumbat sampai 11 orang. Tak boleh nak demand sangat lah dalam keadaan terdesak ni. Alhamdulillah, pencarian selama berbulan-bulan berakhir dengan sebuah rumah di Taman Melur. Dengar cerita rumah ni besar, fully furnished tapi memikirkan satu bilik kena masuk 4 orang, nak tidur tu boleh lagi tapii tapiii tapiiii hmmm kain baju tu susah sikit lah nak manage. Erni punya baju dah macam pasaraya, belum campur tudung Diyana lagi. Boleh buat stock jualan gudang. Aku ni baru pikir nak bawak almari dari rumah je senang tak payah nak packing teruk-teruk tapi dah macam ni kena fikir balik lah.

Jarak tu dah rasa jauh sikit lah nak compare dengan rumah sewa sebelum ni, kalau sebelum ni bangun pagi boleh online dulu, melompat-lompat konon senaman lah sangat kan so lepas ni kena cut it off bangun pagi terus mandi takut kelas pukul 8 jadi 8.30 pagi. Baju pun kena iron siap-siap gamaknya 5.30 dah kena beratur rebut bilik air kot. Mulai harini aku kena fikir macam mana nak gosok gigi kurang dari 15 minit. Hewhewhew.

Tadaaaa. Rumah baru iolls

Kat mana pun diri ini tercampak semoga pointer sem depan lebih memberangsangkan dan di jauhilah dari segala anasir-anasir gatal nak berjalan hendaknya. Semakin kurang berjalan dan merayap semakin bertambah jumlah pointer gamaknya. Hipotesis diterima. Sekian.

Thank you for lending your eyes :)

p/s: Dah 5.30 pagi, dah boleh breakfast kot noh? =='

No comments:

Post a Comment