Pages

Sunday 7 April 2013

Saya Perempuan, Memandu Bukanlah Kepakaran

Assalamualaikum...

Happy Monday everyone, oh happy lah sangat. Tengah braces pain ni tahuu. Waaa nak balik :'(

Tadi kan aku ada terbaca Syamim punya statement kat twitter, sentap mak nokk !



Okay. Bukan nak condemn hang pun Syamim, jangan risau. Memang tak di nafikan memang itu lah kenyataannya cuma manusia macam aku ni memang susah nak terima kenyataan. Dah namanya pompuan everything they do wouldn't seems wrong walaupun mencaras jalan orang sesuka hati. Kadang tu drive pun ikut emosi je. Aku lah tu. JPJ manalah yang bagi aku lulus haritu pun tak tahu lah. *see nak salahkan jugak orang lain.*

Kalau dah masuk highway tu memang aku anggap jalan tu ayah aku lah punya. Siapa potong aku memang dapat jelingan maut ah, lagi teruk kalau drive macam jalan dia sorang nak guna. Siap pakcik naik basikal kat sebelah boleh bagi loceng lagi. Kalau warga emas ke yang drive tak kesoh sangat, ni jenis yang bergayut tak pun awek cun duduk sebelah. Omak aii kemainn lagi kau kan. Aku memang ah takut laju, tapi takda la sakai sangat nak 60km/j atas highway. Baik turun jalan kaki.

Cuma aku kadang-kadang dekat traffic light ni lambat sikit masuk gear, orang belakang dah hon-hon. Lelaki ah tu, kalau pompuan mesti dia faham sebab mesti dia pun tengok cermin betulkan tudung masa traffic light merah kan. Tambah pulak yang berhenti kat sebelah mamat naik Porsche pakai oakley. Kahkah takleh imagine sumpah lawak. Tapi tak payah la nak hon hon, gentle la sikit. Kalau merah balik pun tunggu je la hijau, pastu jalan la. Tak payah nak berkira sangat eh.

Sabtu lepas, masa kat Sunway nak ambek parking, tetiba board parking full tu kelip-kelip. Kat belakang kereta dah deret-deret nak masuk, nasib baik depan aku ada uncle cina sorang tengah tekan tiket tak keluar-keluar, kalau aku lah yang kat depan tu mesti gelabah beruk punya, silap-silap aku turun kereta blah macam tu je. Hihihi. Lebih setengah jam tunggu ada sorang apek ni turun mintak semua kereta reverse sebab parking memang full even dah tunggu lebih half an hour pun. Aku nengok orang belakang kompiden je reverse, sekali aku reverse ambek hang, macam ulat beluncas. Kak long tak payah kira la berapa kali dia istighfar. Haihh.

Dah la tak makan dari pagi, nasib baik takda orang marah, kalau ada yang marah mau aku turun nangis depan Sunway tu. Yang Sunway tu pun tak pernah-pernah ramai sampai macam tu, tetiba showcase ABP pulak, kalau tahu dari awal memang tak gagah la nak masuk menyusahkan diri. 

Kereta mak tu pulak jangan cakap la berapa kali dah aku hentam divider. Setiap kali keluar kot aku buat aksi berani mati. Yang latest punya parut dah seminggu baru ayah tanya.

"Kak ngah, kereta tu dah kenapa pulak?"

"Hehehe, kona tak lepaih ayah.Bamm! langgar divider..." 

Hanya mampu ghenyeh tayang braces je kat ayah.

Nasib la di beri kepercayaan lagi, silap-silap mai kerja kena jalan kaki lepas ni. Dah tu bukannya sengaja. Orang pun takmau la langgar-langgar benda-benda semua. Terr tau dak? Kalau boleh nak drive atas angin takda la susahkan sesiapa, pokok nyoq pun takda nak langgar, divider jauh sekali. Even mak yang dah berabad driving pun still langgar pagar rumah lagi, biasalah. PEREMPUAN. Kadang-kadang emosi tak stabil, memang disarankan tak payah la drive sebab aku dah pernah rasa. Memang tak boleh nak kawal langsung. So, to dear gentleman janganlah marah orang-orang macam saya, saya perempuan. Memandu bukanlah kepakaran.


GAMBAR DI BAWAH  TIADA KAITAN DENGAN JALAN CERITA. *aku memang suka buat cerita lari tajuk*


Selepas bertungkus lumus mencari parking. Akhirnyaa dapat juga reward perut. nyum nyum nyum

Tadaa muka mintak penampo. *DUSH DUSH*
Getah braces baru tu, kaler purple lagi. Tengok la tengok la. 

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kahkah untung la dapat entry khas dari aku. ingat senang ke?

      Delete
  3. grrr.. haritu aku dah masuk keje la, yang time hang suruh mention nama hang tuh.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkah sudah terlambat untuk dikesalkan

      Delete