Pages

Friday 5 April 2013

Aku Rindukan Polimas dan Segenap Manusia Di Sana


Assalamualaikum...


Tajuk kalau tak gempak memang bukan Aina Ayuni la kan. Tiga jam menghadap laptop fikir tajuk saja tu tak kira lagi sat sat dahaga, sat sat lapaq. Koi dok ulang-alik tu ah dari tadi. Dalam perjalanan cari air kat dapur ke bilik, jumpa mak di persimpangan gossip sat dua tiga pam. Lama-lama rindu hat terasa pun hilang begitu saja maka taip la entry tanpa feeling.

Oleh kerana cerita ini berkisarkan tentang buah-buah hati di Jitra maka slang Kedahan pun kaw-kaw punya aku bagi. Panjang entri kali ni bergantung pada panjangnya rindu aku kat deme. Punya pasal lah takdo orang nak baca pun, aku nak tulis jugak.

Gila tak rindu, buat apa semua sama-sama. Makan, bergossip, tengok tv, jalan-jalan eh kalau nak senarai 3 hari 2 malam tak habis lah. Time makan, bab makan. Awal sem semua makan nak mewah, nasi nak dua bungkus sorang. Keliling tv macam nak buat kenduri tahlil pastu tak tinggal space kat aku, memang aku celah duduk kat muka tv la cerita dia. Habis bab makan, bergosip, mak cik sebelah ah selalu jadi mangsa. Bukanye cakap apa sangat pun, cuma hal-hal wanita sahaje. Hihi

Sudahlah bergosip, time buat assignment pun sama-sama. Meniarap atas lantai ruang tamu, kalau bajet lebih ada lah meja kecik. Study tu muhung je lebih, 15 minit pertama kerut-kerut dahi baca formula, lepas tu menyembang tak ingat dunia. Ilmu yang masuk sikit-sikit tadi terbang kemana hala. Habis study main pulak. Beli raket dua hengget setengah kat Yawata pakat pukoi salah kena. Boleh bagi terbang shuttle pun kira rahmat besar dah.

Jeng.Jeng.Jeng. Port paling best adalah pergi jalan-jalan. Area utara ni celah mana kitorang tak masuk. Habaq mai? Ecehh sembang nak kemaihh. Walaupun tak semua tempat kami khatam tapi takat Penang tu, lecak tapak kasut kitorang je la. Pernah sekali isi minyak tak cukup pastu mati tengah highway. Nasib lah ada superman datang tolong. Kihkihkih.

Ini lah kereta sewa yang habis minyak dan mati tengah jalan tu :P


Menunggu bantuan PLUS yang tak kunjung tiba. Sobs sobs

Kualiti gambar cap ayam
 
Tak tahu apa motif

Depan rumah 415 Taman Siswa

Tadi sempat skype kejap dengan Erni dan Khusna. Tu pun asyik putus-putus. Dah dekat satu sem tak jumpa, rasa macam tak sabar pulak nak balik Jitra. Kali ni puasa kat sana lagi. Cuma mungkin suasana dah berubah sebab dalam rumah tu dah tinggal 5 orang. Sebab sem depan Scha praktikal, Ida dah pindah duduk rumah lain. Dah takda la orang yang aku nak paksa dengar cerita aku malam-malam. Teman pergi yawata, beli sate ikan. Sedihnyaaa :'(

Lepas dah pindah rumah ni dah tak boleh nak makan mangga free lagi dah. Depan rumah kitorang ni ada tempat lapang, pokok mangga pun banyak. So lepas habis kelas, aktiviti aku dengan ieza membodek makcik sebelah punya galah nak kait mangga. Lepas tu mintak daun inai la, pinjam lesung batu la. Kalau aku takda, ieza buat kerja tu sorang tapi ieza ni bukan reti sangat pun kait selalunya di kutip je yang luruh. Kongsi la makan dengan sugar gladder makcik Teh tu. Hahaha

Habis jemu main badminton, kitorang mintak la budak sebelah pinjamkan fixie. Disebabkan saiz we ollss ni semua kemetot *aku je kot* terpaksa mereka turunkan seat dulu, tapi tetap tak sampai pun sebab besikal tu tinggi kot. Main pusing-pusing satu taman sampai rasa letih pastu singgah rumah makcik belakang beli eskrim malaysia doposen. Kitorang tak layan la beli satu dua. Sekali angkut sepuluh, boleh ah eskyen dengan anak-anak jiran kat situ mereka semua mampu beli satu je, yela budak-budak mana boleh pegang duit banyak. Syukur la mak dia nak bagi duit pun.

tengoklah aku sedang mengebang budak-budak taman ni :)


peace yaw
Dah malaih ah nak fikir lagi. Tak larat nak perah otak dah. Mood nak balik kirija sudah sampai. Kesimpulannya cuma nak cakap aku rindu budak-budak ni. Harapnya ukhwah ni terjalin hingga hujung nyawa. *wahh* i lebiu alls muahh muahh :*

p/s: Susunan gambar terabur. Pandai-pandai ah nak hidup :p

2 comments:

  1. Ak baca ak tergelak sorg2..hahaha -en.azharuddin

    ReplyDelete