Pages

Saturday 30 March 2013

Futsal, Rokok and Please Respect Others.



Assalamualaikum...

Kenapakah aku lebih memilih untuk update blog rather than siapkan report yang tertunggak berminggu-minggu. Ini kerana aku tiada hati untuk itu. Untunglah barang siapa yang tak skip buat report langsung tu. Kalau nak aku buat report malam ni memang tak ah cerita dia, sebab memang takda mood langsung dan aku pun tak pasti bila masa aku ada mood untuk jurnal tu. Hari ni letih kot kena jemur tengah panas dari pagi sampai petang.

Aku tak payah nak gebang sangat la kena jemur kan, padahal duduk bawah khemah je kot. Tu pun sambil mencuci mata. Mana tak nya, hari ni aku dengan Ira menjadi bunga di antara kumbang-kumbang. Kahkahkah. Okay not funny at all. By the way congrats to Retrospect FC sebab dah jadi johan futsal Piala Dato' Pegawai Daerah.

Aku memang lalang harini. Mana-mana team yang serve muka jambu, aku sorak untuk team  tu. Tapi semua yang jambu awal-awal lagi dah tersingkir. Podahh. Nasib baik aku ada reserve fav team lain. Hihihi. Seronok kot tengok futsal, first time ni dalam hidup. Aku mana pernah nak buang masa tengah padang, sorak kemain beria last-last yang menang tu dapat hadiah aku dapat letih. Tapi sepanjang hari ni aku kagum dengan diri sendiri sebab sorak untuk orang yang aku tak kenal langsung, dah menang ingat nak dapat la autograph ke , tangkap gambar sekali ke. Hampehh. Penat tau aku sorak.

Dannnnn sepanjang hari ni jugaklah aku menjadi second smoker dan menghidu asap rokok dari pelbagai jenis dan perisa pada setiap 5 saat. Yes I do know, lelaki yang merokok akan merokok bila masa dan di mana saje mereka suka and takda siapa nak halang pun kecuali awek kau marah dan kau sangat baik hati nak dengar kata awek tersayang, walhal kalau dah jadi bini hang, belom tentu nak dengar pun kan.

And I do know from someone, perokok tegar akan merokok setiap kali bangun tidur, lepas makan, sejuk, demam atau selsema, terlalu letih, and when they're looking for some idea maybe. Err. But pleasee please please respect others. Sesetengah dari mereka ni aku katogarikan sebagai manusia yang sangat gentleman. Bila dah nampak orang kipas-kipas muka, tutup hidung tu dorang dah faham then terus merokok jauh-jauh. Kalau tak boleh nak lari sekalipun, pusing la ke lain sat. Bukan suruh lari 100km berpagar pun. Tapi kalau lari pun tak susah kan, lain la hang tengah beratur nak bayar bil kat pejabat pos, kalau lari kang orang lain ambek tempat hang dan urusan hang jadi lambat dan menyusahkan diri hang dan bla bla bla bla.

Again, takda siapa larang hang merokok pun. Tapi kesian la pada kami kami kami yang menghidu ni. Hangpa takpa la sedut asap ada jugak penapis, tapi kami ni sedut direct masuk hidung. Secara tak langsung second smoker ni lebih berisiko dari smoker tu sendiri. Kami yang muda, sihat dan tak bawa nyawa tak kisah lah, tapi kalau ibu-ibu pregnant, kesian kot. Fine, kalau tak nak boleh je tak sedut kan, tapi selalunya asap tu pacakage dengan oxygen. Kami hidup guna oxygen kot. Ni yang nak komplain ni, pakcik tadi tu lepas satu, satu lagi. YaAllah, nak tunggu satu pun tak larat berkipas, menikmati mungkin. Nak lari tak boleh sebab kat situ je teduh pun. Nak merokok, silakan somehow orang merokok ni nampak cool but please respect others.


P/s: No hard feeling. I'm just saying, kalau over tu anggap je lah aku suka buat trok :)

No comments:

Post a Comment