Pages

Thursday 28 March 2013

Braces Part II

Assalamualaikum...

Minggu depangg dah masuk tiga bulan pakai braces, yeayy tinggal lagi setahun tujuh bulan nak berbesi. Hihi. Kali ni aku nak share macam mana aku boleh jadi seorang yang tabah dalam menghadapi kesakitan kedua paling sakit bagi perempuan, selepas sakit bersalin iaitu sakit gigi. Kot.

Aku memang sedia maklum ah penakut piangg bab-bab sakit sikit pun aku riau tak mau mau. Tapi sebab nak senyum macam jiha aku gagah ah pakai. Rupanya serius tak sakit langsung baq hiangg. Tipu je. Sakit tu memang sakit tapi sangat tolerable. Aku cakap macam tu sebab lepas pasang tu aku boleh steady je gigit peha ayam kepci tanpa rasa bersalah sebab doktor dah pesan, nak makan apa-apa yang keras kena potong kecik-kecik baru kunyah tapi ada aku kesah semua tu, aku kan degil. Balik malam tu nak tidur ambek hang , tiga kampit pain killer aku telan sorang.

First thing yang korang korang korang kena buat kalau tak nak rasa sakit dan steady macam aku, korang kena kuat mental dan fizikal. Doa la ofcos. Aku doa sambil nangis sampai kelua ayaq hidung ayanq mata semua la punya takut sakit en, tu masa belum pasang. So, kena la keep reminding yang benda tu memang sakit dan aku kena sabar kalau nak gigi cantik Jadinya bila pasang, korang akan rasa tak sakit sangat sebab kita dah bayangkan sakit yang sakit sangat padahal tak sakit mana pun.

PROCEDURE

1. Masa kali pertama jumpa doktor tu dia akan terangkan procedure, kos dan apa-apa je yang kita nak tahu. So tanya je lah apa-apa pun yang nak tahu sangat sebab korang bayar okeh.

2. Then kalau dah setuju nak buat, dia akan buat x-ray dulu. Kos dia dalam RM190. X-ray tu untuk dia tengok macam mana keadaan gigi dan gusi kita so senang la dia nak ikat nanti.

3. Bila dah x-ray dia akan buat acuan untuk gigi kita, tak pasti la untuk apa tapi nanti hasil dia jadi macam gigi palsu tu lah. Maybe nak kita buat kenangan nanti kot.

4. Then dia akan check kalau-kalau ada gigi kita yang kena cabut. Klinik yang aku buat ni dia tak sediakan perkhidmatan cabut gigi jadinya aku kena la cabut kat tempat lain. Aku kena cabut 4 batang kot. Habis rongak waaa. Kalau gigi hiangg tak berapa bersih dia akan suruh kita buat polish sekali untuk buang plaque. Tahu kan plaque, geli ah nak sebut. Hihi




Muka tak semenggah makan pizza lepas cabut gigi. Dah ah pizza keras gila nak mati, Rasa nak jumpa tukang masak dia bagi dia makan tengok apa rasa. Hohh



5. Haa dah cantik kan gigi, baru lah boleh pasang. Masa pasang gigi aku tak sampai 20 minit pun. Doktor tu dah la lembut lahaii cakap pun tak dengar, jadi memang tak sakit. Mula-mula dia gam satu benda kecik pada setiap gigi tu, then masuk kan dawai macam kawat pagar tu. Ikat hujung kiri, hujung kanan. Papp dia gunting yang lebihan. Tadaaa siap!




After a month :)


KOS


Untuk kos x-ray dengan buat acuan tu dia ambek RM190. Cabut pulak RM70 untuk satu batang, kalau ada lubang kena simen RM50 satu lubang. Aku pulak ada satu gigi berlubang dan empat kena cabut. Nah kira sendiri semua tu duit mak aku. Aku haram satu sen pun tadak.

Klinik tu ada sediakan dua jenis braces yang boleh kita pilih. Satu jenis biasa yang aku pakai ni, satu lagi yang macam Tom Cruise pakai tu, kira kalau hangpa pakai bajet macam tak pakai ah sebab tak nampak. Tapi harga dia pun sodap la kann. Orang yang jenis harta tak habis tu boleh ah.

Jenis biasa macam aku tu total bersih RM4K kalau yang tak nampak tu kos dia dalam RM8K macam tu ah kalau tak silap padahal sama je fungsi dia. Membazir je kalau mahal-mahal pun.

TEMPOH

Tempoh nak pakai ni bergantung pada keadaan gigi dan tahap kerajinan korang nak buat follow-up. Aku punya dua tahun. Ada yang sampai lima tahun pun ada, yang tu spesis jenis pemalaih baloq liat nak jumpa doktor ah tu. Bukan tiap-tiap hari pun, sebulan sekali je. Malahan kalau rajin dan progress gigi tu cepat tak sampai tempoh yang doktor jangka tu dah boleh buka.

PENJAGAAN

Lepas pakai benda alah ni memang automatik kita akan jadi orang yang paling rajin seantero dunia. Kalau boleh setiap kali lepas makan kita akan rasa macam nak gosok gigi. Dalam beg aku pun 24jam memang ada cermin then pergi mana-mana pun akan nak bawak mineral in case makanan lekat celah gigi takde tempat nak kumur ke kan.

Doktor klinik tu ada sediakan berus gigi khas untuk pemakai braces ni. Rupa fizikal dia hampir nak sama dengan berus biasa cuma dia agak pendek di bahagian tengah berus tu. Then ada satu lagi jenis berus macam berus botol susu baby tu tapi versi kecik punyee. Doktor aku ada sediakan lilin macam lilin pasang kat rumah takda karen tu lah bentuk dia, cuma kandungan kimia dia lah berbeza. Lilin tu boleh letak pada besi yang cucuk-cucuk dinding pipi kita yang omey-omey tu sebab kalau besi tu cucuk boleh sampai jadi ulcer atau mata ikan tau. So guna la lilin tu kalau nak hidup dengan selesa.




Muka gedik ni sebab tak sakit, kalau sakit tengok semua orang pun boleh kena marah :p


Seronok tahu pakai braces ni, pergi mana-mana semua orang tengok walaupun sekarang ni memang dah ramai orang pakai dan dah jadi trend pun kan, tapi kalau nak pakai semata-mata nak ikut trend tak payah la kot. Membazir duit plus susah kot nak makan. Semua benda kena pilih, dua minggu tau iolss makan bubur. Dah macam sakit ape je.

Sampai sekarang ni still lagi sakit nyut-nyut tu kalau gigit kuat-kuat. Kalau teman mak beli mas pun tak boleh dah nak uji tahap ketulenan mas tu dengan menggigit mas tu sampai lekuk dan letak balik kat tempat dia tanpa pengetahuan tokey mas tersebut. Tak boleh lagi nak gigit epal nak bajet macam omputeh dalam tv bangun pagi makan epal. Tak boleh jugak nak tunjuk hero gigit benang sampai putus tanpa guna gunting in case jahit baju koyak malas nak cari gunting. Sobs sobs

Lepas dua tahun kena pakai pulak retainer untuk kekalkan kedudukan gigi supaya tak lari balik tempat asal dia. Retainer tu pulak kena pakai 2 tahun jugak. 6 bulan pertama pakai untuk 24 jam, then lepas tu kendian pakai nak tidur je, kalau malas huduh balik padan muko hang!

Setiap kali aku buat muka sakit kat doktor tu kan, dia mesti cakap...

"Aina tahan ye. Nak cantik kann?"

Oh. mestilah :)


1 comment:

  1. Mas kiki Ahli Potong Gigi Tradisi Kikir Gigi Niat Pengobatan Call Center 085270561973 Untuk Konsultasi.

    ReplyDelete