Pages

Tuesday 26 March 2013

Careless or Care Less ?

Assalamualaikum...

Harini aku isytiharkan hari paling lega untuk aku abad ni. Nak tahu kenapa? Sebab tadi dah call Unit Perhubungan Latihan Industri untuk settle problem yang aku buat sendiri. Dalam puluh ribu manusia yang buat praktikal, aku rasa aku sorang je yang suka-suka hati cari masalah. Dah nak habis semester, baru aku perasan yang aku tak hantar kad pengesesahan lapor diri dengan peta lakaran. Kalau lecturer pemantau tak call tu kena faham-faham sendiri lah.

Dua tiga hari jugak ah fikir macam mana nak settle, then aku tanya dua tiga orang yang boleh di percayai akan menyimpan baik mohor-mohor besar ke'sengal'an aku ni. Then, aku decide untuk call je UPLI dari kena ulang sem kan, baik kena marah. Hikhik

Sebelum nak call tu tak tahu la berapa kali ulang alik masuk toilet, dah macam orang nak akad nikah dah. Bukan setakat 'butterflies in stomach' je, bapak gajah badak pun semua masuk perut. Punyalah takut kena marah , yela siapa yang suka kena marah kan? Kang aku emosi terlebih ni ada yang pergi HEP ambek borang berhenti jugak kot.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Tak kena marah pun. Wkwkwk. Aku dah guna suara paling lembut dalam dunia yang pernah aku dengar. Kalau dengar balik pun rasa nak terajang diri sendiri. Orang tu mesti tak sampai hati nak marah kan? Ewahh dah settle boleh la cakap besar, padahal siapa tah semalam sampai tak boleh tidur asyik pikir macam mana nak react kalau kena marah. Hehehe

Tolong ah tengok muka orang happy ni :)

So in future, jangan careless lagi aina! Menyusahkan diri sendiri tahuuu. Sometimes orang lain jugak sebab terpaksa dengar masalah kau. Benda kecik suka besar-besar kan then benda besar macam tu boleh pulak buat main-main. Kalau macam ni lah cara mengurus diri, konfem tahun ni tak boleh kahwin lagi :(





10 comments:

  1. Amboi . Serious nak khawin dah nih ?

    ReplyDelete
  2. Sungguh ku tak sangka . Dah ada calon ke belum ? Tak sabar pulak nak makan nasi minyak aina ayuni . heee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah. calon belum ada. tolong la carikann :P

      Delete
  3. Wahh , kalau aku yang carikan , aku lah yang khawin gamaknya kann .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tak payah nak cari sangat lah. yang sebelah tu ape? ngade eh

      Delete
    2. haha . Nak buat macam mana . Selalu sangat kena faham penat jugak kannn .

      Delete
    3. Haip. haip takmo takmo camtu, I know my dearest friend. She is really strong , right?

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sometimes i can be strong but not forever ;(

      Delete