Pages

Thursday 11 July 2013

Life Update

Assalamualaikum...

Macam lama je aku biar blog ni forever alone kan, pastu rasa macam ada mood pulak nak buang masa depan ni memandangkan takde benda lain yang lebih menarik perhatian nak di buat.

So, it has been a week. Kelas pun dah start, rutin dah mula macam biasa. Tapi well well well minggu pertama boleh la rehat-rehat golek-golek senang lenang sebab kelas banyak cancel tapi masuk minggu kedua memang takde chance lah khonn -,-

Semua aktiviti yang aku selalu buat kat Jitra sebelum ni aku dah start balik, pergi tasik, makan char koew tiow, ukur Jitra Mall, ligan-ligan dalam Yawata, semua lah.

org sebelah takde mood tu tapi aku masih tegar dengan peace aku. Hehe







Baru 6 bulan tinggal Jitra tapi dah rasa macam lama sangat. Suasana sem baru memang rasa baru lah. Jalan pun dah boleh jeling orang sebab dah jadi senior. Kehkehkeh. Rasa sangat perbezaannya bila nak cuci mata pun limited sebab yang banyak adik-adik je semua. 

Sem ni puasa kat Jitra, dapat balik cuti 4 hari. Untunglah dari tak hado. Sahur dengan mak, buka dengan mak, terawikh dengan mak. Oh bestnyaa. Hehe. 

Kalau lulus semua subject sem lima, inshaaAllah aku tak hadap lah sem 7. Dan aku pun tak teringin nak hadap. Kena set mind belajar betul-betul ni, takleh dah buat coding sambil online, baca nota sambil makan, buat math sambil lukis muka lecturer. Tengok la math sem dua drop sampai sem 5 punyalah baloq matematik aku ni. Tak suka lah kira-kira, tapi duit aku suka. Gila siapa tak suka duit kann

Aku rasa kalau dah grad nanti nak suruh mak buat kenduri doa selamat lah. YaAllah programming tu punya susah wa cakap lu. Nak buat coding satu cerita, nak faham bahasa komputer tu mak ai tak pernah ada dalam basic hidup aku. Aku memang jenis hidup pikir nak senang je, dulu apply mascom sebab tu je minat aku, then dah bagi harapan sepenuhnya tapi tak kesampaian. Kalau tak dah boleh masuk magazine. Hikhok.

Mengantuk ni, lepas sahur tadi tak tidur. Hebat tak boleh menaip sambil pejam mata. Tak nak pasang kipas, bagi panas senang sikit nak mandi. Kalau sejuk asyik rasa nak bungkus je. Tu lah aktiviti bila kat rumah manis rumah. Harini ada dua appointment, pagi ni nak pergi follow up braces, petang kang jumpa skin specialist. Penat hidup dengan doktor ni, asyik nak orang datang jumpa dia je, cer sesekali datang melawat aku. Bawak la buah-buahan ke ape ke. Baru style. Sebelum kelaut, baik aku segera beredar. Tehee -,-

Thank you for lending your eyes.

No comments:

Post a Comment