Pages

Tuesday 16 April 2013

Pengemis Cyber


Assalamualaikum...

I’m glad to share some information about something that I just read before. Maybe ramai yang terlepas pandang kalau jarang-jarang online F A C E B O O K. Facebook bermula dari sebuah dorm university di Massachusetts, Amerika Syarikat pada 4 February 2004. Dalam masa kurang dari tujuh tahun pengguna facebook sudah mencecah lebih 600 juta. 70% daripada angka itu berada di luar Amerika Syarikat. Mark Zuckerberg yang sebelum ni cuma seorang ‘tech nerd’ sekarang ni dah jadi billionaire. Hanya sebab manusia sukakan perhatian.

Dalam dunia di mana kita dihimpit kesibukan, Facebook menjadi medium yang sangat efisien bagi berkomunikasi. Dengan hanya satu klik pada butang ‘SIGN UP’ kita dah membuka gerbang ke dunia lain. Dunia parallel, sama tapi tak serupa. Kita mampu putarkan waktu, berjumpa semula kawan-kawan yang terputus hubungan. Kita boleh tahu apa yang sedang mereka lakukan, even mereka berada di Timbuktu sekalipun. Kita boleh tahu kemana mereka bercuti malah sekiranya mereka bergaduh laki bini pun kita boleh tahu.

Menghairankan, bukan ? Alat yang sepatutnya memudah kan kita saling berhubung, mampu menjadi tembok batu yang memisahkan. Suka ataupun tidak kita dah pun memasuki era Facebook. Mark Zuckerberg berjaya mengheret kita ke sini. Di sini identity asal berubah menjadi identity pelbagai. Privasy diri menjadi tidak penting ataupun sengaja diabaikan. Kita tak lagi menjadi individu yang mempunyai sisi tersembunyi. Semuanya dikongsi, di tayangkan ke serata dunia. *oh aku pun sama rupanya

Manusia mengambil kesempatan menjadikan alat komunikasi ni satu medium lain untuk mendapatkan duit, buat bisnes, jual tu dan ini. Di sana sini orang update status menceritakan kekayaan dengan hanya log in facebook sahaja. Menjadi pengemis facebook jelas lebih teruk dari MLM. Ia mengamalkan system pyramid. Bezanya MLM ada jual barang. Tetapi yang ini langsung tidak perlu jual apa-apa. Secara teknikal ia sama seperti perbuatan meminta sedekah dengan menadah mangkuk. Kemudian orang yang sudi pula, memberi wang kepada peminta sedekah. Lepas tu, si peminta sedekah tadi akan meminjamkan mangkuk kepada si pemberi wang dengan tujuan mengajaknya meminta sedekah juga dengan janji mendapat semula pulangan sedekah beserta keuntungan berlipat kali ganda. Dalam kes ni memang tidak ada transaksi jual beli langsung. Ia sekadar meminta sedekah sahaja.

Trend ni berkembang sebab si pemberi wang tadi pun ikut sama meminta sedekah jugak. Dia jugak mengajak orang yang memberi wang kepadanya supaya meminta sedekah juga. Dalam masa yang sama, si peminta sedekah yang mula-mula tadi akan terus meminta sedekah sambil mengajak orang lain meminta sedekah juga. Trend ini akan di hentikan apabila tiada siapa lagi yang mahu memberi wang kepada peminta-peminta sedekah ni. Secara logic , mahu ke beri sedekah pada orang yang sihat tubuh badan ? Carilah kerja. Adakah agama kita menyuruh kita meminta sedekah? Then sit and think about it. Annoying mintak sedekah kat facebook orang tahu !

No comments:

Post a Comment