Assalamualaikum. krik krik krik
Weekend kan, masa paling semua manusia tak kira student mahupun orang bekerja
tunggu kan? Apatah lagi aku yang memang tak betah melangut kat rumah ni. Harini
buat penyampaian Br1m lagi. Entah yang ke berapa kali aku pun lupa nak kighaa.
Aku ni pelupa teruk kritikal takda tahap dah. Sampaikan kadang-kadang aku lupa
nama aku sendiri pun. * werr tipu je. Biasa la nama pun 'budak praktikal' mahu
ke terpaksa ke waima nangis air mata darah sekalipun terpaksa jugak bagi
komitmen walaupunn hari SABTU. Sabtu tu weh. Time orang tidur sampai tengah
hari kot.
Lepas habis je bagi-bagi br1m tu semua, aku ngekor le si fadzira budak
praktikal situ jugak ke Giant Kulim. Boleh la dia eksyen buat ayat nak dating
sebab dia ada bopreng. Sobs sobs. Aku ada? Tak sangka pulak ramai nau harini
kat giant tu. Rupanya ada tournament takraw kat situ patut la lautan manusia
berkerumun tengah-tengah dunia.
Walaupun Kulim tu takda lah jauh sangat dari rumah tapi apekan daya
semenjak giant tu di bina, ni baru kali kedua aku jejak menatang tu. Mana la
aku ingat selok belok kat situ terutama surau dengan toilet, kalau setakat
kedai lot-lot tu boleh la main taram masuk. Last aku masuk masa nak tengok
'ombak rindu' dengan mak ntah berapa zaman lepas. Izzah dengan Hariz pun tah
dah ada anak sekarang ni.
Masa tengah hegeh-hegeh cari surau kat giant tadi, ada la sorang cik abam
omey omey ni keluar dari toilet. Di sebab kan muko dia ado samo macam Aidil
Zafuan player nesmilan satu ketiko dolu, den pun apo laie, ushaa jo manjang.
Sampai dopan surau den kompiden nyo nak buka pintu surau tu. Padahal dalam pale
otak ni 'hensemnya. hensemnya'. Sekali...
"Aina, hg ni dah kenapa nak masuk situ, tu surau lelaki"
Ambek kau. YaAllah sumpah malu, aku dah nampak si Aidil celup tu tersengih
sengih. Nak gelak kat aku kan. Gelak la gelak. Ni salah dia la, siapa suruh hensem
sangat. Fadzira dengan Fiza punya gelakkan aku sampai aku kena cekak pinggang
nak bagi deme sedar diri sikit. Kuahajja. Lebih-lebih pulak, punah harapan aku
nak tampil ayu depan abam tu. Siap kome nanti!
giant dkt sgt2 dgn rumah saya..hehe.
ReplyDeletesiti orang kulim eh? hehe
ReplyDelete